PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA & PERKARA-PERKARA YANG TIDAK MEMBATALKAN PUASA

Puasa akan batal dengan salah satu daripada perkara di bawah ini :
1. Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga yang terbuka dengan sengaja.
2. Memasukkan sesuatu ke dalam dubur(jalan belakang) atau qubul(jalan depan) dengan sengaja .
3. Muntah dengan sengaja (jika termuntah, tidak batal puasa) .
4. Bersetubuh dengan sengaja, sekalipun tidak keluar mani.
5.
Mengeluarkan mani dengan sengaja atau dengan jalan bersuka-suka seperti berpeluk-cium
dan sebagainya.
6. Kedatangan haid atau nifas.
7. Gila walaupun hanya sekejap masa.
8. Mabuk atau pengsan sepanjang-panjang hari, dari terbit fajar hingga terbenam matahari.
9. Bersalin.
10. Berbuka puasa sebelum yakin terbenam matahari.
11. Murtad - iaitu orang yang keluar daripada agama Islam, sama ada dengan hati, perkataan
atau perbuatan.

Puasa tidak akan batal dengan perkara- perkara di bawah ini :
1. Menelan air liur yang bersih dan dimaafkan orang yang gusinya selalu berdarah .
2. Bersuntik .
3. Termasuk debuatau tepung halus ke dalam rongga.
4. Termasuk alat atau nyamuk dan seumpamanya ke dalam rongga.
5.
Termasuk air berkumur-kumur atau air yang dihisap ke hidung dengan tidak bersangatan.
6. Termasuk air mandi wajib atau mandi sunat, tetapi batal puasa jika mandi bersejuk-sejuk
dan bersukaria.

Leave a Reply